Pengertian Wuduk


PENGERTIAN WUDUK


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.
Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

DALIL AL-QURAN TENTANG WUDUK

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)


HUKUM BERWUDUK

Hukum berwuduk adalah:
  1. Wajib
  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
  1. Sunat


Fardhu Wuduk :

Fardhu Wuduk ada 6 perkara.

BIL
PERKARA
PENERANGAN

1
Niat
Lafaz niat wuduk :

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلهِ تَعَالَى         

 “ Sengaja aku mengangkat hadas kecil semata-mata kerana Allah taala”

2
Membasuh muka
Sempadan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di atas kepalasehingga penghujung tempat tumbuh janggut. 
Melintang pula di antara dua anak telingan, dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempt dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata, misai, janggut dan sebagainya.

3
Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
Membasuh hendaklah dilebihkan had basuhan sedikit ke atas siku dengan meratakan air ke seluruh tangan dan termasuklah ke celah-celah kuku.

4
Menyapu sedikit air di bahagian kepala.
Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala.

5
Membasuh kaki hingga dua buku lali.
Disunatkan membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas buku lali. 

6
Tertib
Wajib didahulukan mengikut giliran atau urutan yang telah ditentukan.







No comments:

Post a Comment