TATA CARA BERWUDUK YANG BETUL
Seperti penjelasan diatas, bahawa wuduk merupakan syarat sah solat kita, apabila kita cara berwuduk kita hendaklah mengetahui kaedah yang betul agar solat yang dikerjakan tidak menjadi sia-sia. Maka perlunya kita pelajari tatacara berwuduk dengan betul.
غَسْلُ الْيَدَيْن
1. Pertama,hendaklah membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ sambil mencuci belah tangan sampai dengan pergelangan tangan dan jari-jemari hingga bersih.
الْمَضْمَضَةُ
2. Kedua, berkumur-kumur sebanyak 3 kali, sambil membersihkan gigi hingga bersih sehingga tidak ada bekas makanan yang ada di gigi atau mulut.
الاِسْتِنْشاَقُ
3. Ketiga adalah dengan memasukkan air ke dalam lubang hidung sebanyak 3 kali.
غَسْلُ الْوَجْهِ
4.Keempat, mencuci muka sebanyak 3 kali, mulai dari pangkal dahi ke tepi muka telinga kanan dan telinga kiri hingga bawah dagu, sambil membaca niat wuduk.
غَسْلُ الْيَدِ الْيُمْنَى وَالْيُسْرَى
5. Kelima, membasuh atau mencuci kedua tangan hingga ke siku sebanyak 3 kali bermula dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.
الَّرأْسِ مَسْح
6. Keenam, menyapu sebahagian ramput kepala sebanyak 3 kali.
مَسْحُ الأُذُنَيْنِ
7.ketujuh, menyapu air kedua belah telinga sebanyak 3 kali bermula dengan telinga kanan.
غَسْلُ الرِجْلِ الْيُمْنَى وَالْيُسْرَى
8. Kelapan dan terakhir, mencuci kedua kaki dari jari kaki hingga ke buku lali (wajib melepasi buku lali kaki) sebanyak 3 kali bermula dengan kaki kanan kemudian kaki kiri.
No comments:
Post a Comment